Monday, June 17, 2013

Nasi Lalapan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

via IG @lyafrina

 Hari ni saya nak share pasal salah satu makanan unik Malaysia berasal dari SARAWAK iaitu NASI LALAPAN. Sebenarnya hampir 2 tahun lepas kot saya teringin sangat nak makan Nasi Lalapan ni. Keinginan tu timbul hasil daripada mengugel la... Tapi memandangkan saya ni di TERENGGANU, jadi camner la nak makan. Takkan nak terbang ke Sarawak semata-mata nak makan nasi lalapan ni. Akhirnya, tuhan makbulkan keinginan saya ingin merasa nasi lalapan ni, dengan adanya sebuah kafe yang owner dia maybe dari Sarawak kot. Sebab kat sini memang ada jual masakan Sarawak & Kek Lapis Sarawak iaitu di Norisqa Kafe & Kek Lapis. Adala suatu hari tu, saya lunch dengan Fain kat sini & tengok ada menu nasi lalapan.. masa tu bersinar-sinar mata... Terus order. Saya difahamkan, ianya dipanggil Nasi Lalapan sebab ianya dihidangkan bersama dengan 8 jenis hidangan sampingan seperti ulaman. Saya teringin nak makan yang ikan keli, tapi xde.. ayam je ada.. Bagi saya ayam dia memang sedap.. Rasa ala-ala makan nasi ayam penyet pon ada. Tapi, disebabkan makan dengan kuah sup, jadi tak berapa laju. Maybe kalo makan dengan kari lagi best kot. Jadi orang-orang kemaman, tak perlu pergi jauh-jauh lagi kalo nak kek lapis sarawak.. leh je ke kafe ni.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, June 13, 2013

End Of School Holidays

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pantas sungguh masa berlalu.. Dah seminggu pon sesi persekolahan berjalan. Alhamdulillah, asya gOOd je walaupon cuti panjang baru-baru ni. Semangat nak ke sekolah jumpa kawan-kawan & teachers . Syukur alhamdulillah, itu petanda asya seronok ke sekolah. Sehari sebelum sesi persekolahan sempat bawak asya lepak pantai. Sebenarnya time tu dah tak tahu nak kemana-mana. Nak bawak ke playground, terlalu ramai orang, nak main pon susah...

08.06.2013 @ Monica Bay Beach 

Cam biasa... saya sukerrr snap pic " thumbelinna" ni.
Macam-macam peseng.. 


Tq papa sebab snap pic asya & mama..
 Sangat-sangat sweet!

via IG @lyafrina
Photo-G To Be !
Masa ni asya snap pic mamapapa...
Dan hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
keh..keh..keh...


Teduhan Kasih....
Papa Adam Papa Asya laaaaa...
tengok tuu..tengok tuu... kuat pengaruh
Tapi kan.... papa asya pon feeling habis dengan drama TEDUHAN KASIH ni.

EPISOD 11 TEDUHAN KASIH
Iffa : Mungkin ada hikmah Iffa & Ryzal berpisah, kalo tak Iffa xkan jumpa dengan org sebaik abang (Ehsan)

TEDUHAN KASIH LYA
Lya : Mungkin ada hikmah saya sakit & lumpuh dulu.. kalo tak saya xkan bertemu dengan orang sebaik abang.... Ye la... sakit+lumpuh yang menemukan kitakan... Sebab time tu papa asya teman kawan dia (kwn lelaki) melawat saya yang lumpuh & sakit. Tak sangka pertemuan pertama tu mendetikkan perasaan di HATI papa asya untuk mendekati saya.. Papa asya berusaha sungguh untuk memiliki saya dulu walaupon saya sakit & tak sempurna. Alhamdulillah... tuhan semakin mendekatkan kami. Ya Allah, kau kekalkanlah hubungan kami suamisteri hingga ke JANNAH & kau kekalkanlah perasaan ini seperti kali pertama kami merasainya hingga ke akhir hayat kami bersama...

comey dop taik lalat saya tu??? Kih..kih.
Bos saya kate, " awok koho sihat lening
Saya tanya " bakpe kate gitu?" 
Bos saya kate " Dohh.. lening ade jerawat sokmo muke.. bagus r tu.. maknanya kulit awok aktif, daroh awop molek la tu..."  
Saya Kata :" kahhhhhhh.. ye ke gitu??"
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, June 12, 2013

Gwiyomi : Cutenyer Asya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

~W.o.r.d.l.e.s.s ~

Almaklumla musim GWIYOMI melanda... Anak dara aii pon terkena jangkitan ni. Sikit-sikit bangun pagi   " mama, nak wak gwiyomi".. Keh..keh... 

Gwiyomi spontan dari asya,
mama tukang nyanyi
*
*
*
*
*





*
*
*
*
presenting...
gwiyomi dari asya buat semua
abaikan gigi comel asya tu ye ;-)


Dan, video gwiyomi pertama asya..
Masa ni spontan.... Saya suka video ni..
Cuma kualiti gelap sket...

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, June 11, 2013

Syurga Idaman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

## Untuk kenangan peribadi ##

In Shaa Allah...
Ini bakal menjadi syurga buat keluarga kecil kami.
Cuma rumah teres setingkat sederhana besar, cukuplah untuk kami ber-3.
Rumah kecik-kecik pon hampir cecah 200k.. Itulah realiti sekarang, hartanah naik mendadak dari masa ke semasa... Ermmm.. Dapat yang ni pon dah sangat-sangat bersyukur..

Progress Syurga Idaman Kami
** Pic ni saya snap dalam 2 minggu lepas kot **





Semoga perjalanan projek perumahan ni berjalan lancar & dapat siapkan mengikut tempoh masa yang dijanjikan. Serius... saya memang dah tak sabar nak deko-deko rumah ni. Lagi pon Fain sendiri sangat minat dengan deko-deko rumah ni. Taste dia memang terbaekkk !

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, June 10, 2013

My Best Friend Wedding

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam Isnin semua.. Hari ni bawak asya jumpa pakar. Hopefully dapat dengar berita yang baik-baik saje.. Doakan asya ye ;-) . Hari ni just nak share pic-pic kenangan yang sempat dirakam pada hari perkahwinan BFF saya, Izzati yang diadakan pada 01.06.2013 . Tapi yang frustnyer, bateri kamera saya habih. Just sempat snap sekeping je... Huk..huk..huk..

Satu-satunya pic yang sempat saya snap..
Cantik sangat ! Sangat berseri-seri muka dia..


via henfon

Sebelum bertolak ke rumah Zati...
pic via IG @lyafrina

Sempat lagi posing time pengantin bersanding..
Hehe..dah update pantas di IG saya.


Kenangan bersama Zati+Din
Apesal asya masham cetum... saya plop napok pelik je..
Napok berisi pon ade.


Sebelum balik... posing dulu seround....

# saya ingat nak share pic hantaran yang saya buat tu... tapi nampak gaya, xde rezeki nak tunjuk sini. Sebabnya, masa saya buat hantaran tu mmg rushing, dalam masa 2 hari je. Lepas tu ingat nak snap, tp sibuk. Tapi kononnya nak snap pada hari persandingan ni.. tapi nak wak camner... bateri kamera plop konggggg.. x ingat nak cas malam tu.. ermmmm, nasib badan #

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, June 7, 2013

31.05.2013 : Izzati & Din Solemnization

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

**DISEBABKAN KESILAPAN TEKNIK, ENTRI NI TER-PUBLISH PADA 5.5.2013 (kes silap sheduled).. JADI SAYA DRAFKAN SEMULA ENTRI NI & PUBLISH SEMULA PADA HARI NI**

Musim cuti sekolah juga sinonim dengan musim kawin a.k.a musim mengawan. Memang situ sini meriah dengan majlis perkahwinan. Saya sendiri pon dapat banyak invitation kenduri kawen ni. Cuma bukan semua majlis saya boleh join, esspecially yang jauh-jauh. Salah seorang BFF saya juga antara yang selamat diijabkabulkan. Syukur alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai ujian & sesungguhnya jodoh mereka benar-benar kuat akhirnya beliau bersatu jua. Inilah ketenteuanNya, andai dia milik kita.. walau sejauh mana pon & walau seliku mana pon jalan, pasti tuhan akan dekatkan & andai ia bukan milik kita, walau segagah mana pon kita berusaha untuk dekat...ia tetap jauh dari kita. Ok, meh layan antara pic yang sempat saya snap. Lain-lain pic leh tengok SINI. Kalo nak letak sini, memang berjela-jela la entri ni.

31.05.2013
Zati & Din Solemnization

Hanya memakai kurung simple warna krim untuk majlis pernikahan.

Mekap sendiri..tapi tetap cantik & berseri

Husband & Wife
Alhamdulillah..Tahniah ;-)


Saya lak sedondon dengan dinding tu.
Masa ni dah lepas akad nikah..

Selepas sesi bergambar , makan dulu.
Nasi Dagang..yummmm.. serius sedap!

Tengok asya makan..secotet je tu

Hehe.. muka bosan dah ni.
Lepas makan..sempat gedik-gedik dulu dengan mama


Tak dop kije-an...


Mama kiss asya..

Lepas makan, masuk semula kat pengantin..
Wajib la bergambar dekat pelamin ni.


Anak dara mama dah besar..
One day, asya pasti akan melaluinya juga.
Moga asya dipertemukan dengan seseorang yang dapat menjaga asya sebaiknya & seadanya.
In shaa allah.


Me & Zati
Love this pic....


Aksi sempoi pengantin

BFF--> Flizz Star
Tapi x cukup geng...xpela...


Free style from us

Pic dari instagram @lyafrina

Entri majlis persandingan Izzati pada keesokan harinya akan menyusul kemudian.
Tapi sayang sangat sebab tak sempat snap pic banyak-banyak coz bateri habih.
Frustttt!

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, June 6, 2013

EPIC (3D) : Best tak citer ni??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena musim cuti sekolah, saya sempat meluangkan masa untuk bawa asya tengok wayang cerita EPIC ni di GSC, East Coast Mall Kuantan. Memang cerita ni antara yang saya listkan wajib tonton. Mujur asya ada mama dia yang suka tengok citer animasi ni. Bagi saya citer animasi ni dapat merelasekan otak sebab gambarnya yang penuh kalerful. Boleh menyebabkan otak aktif & sebagai rawatan mata jugak untuk saya. Hehe.. dasar mama asya ni peminat kartun.


SINOPSIS EPIC :

Seorang gadis yang bernama Mary Kathrene atau MK mempunyai seorang ayah yang menghabiskan seumur hidup untuk membuktikan bahawa 'leafman' (orang kerdil yang menjaga hutan) tu wujud . MK ni tak suka pekerjaan tersebut , kerana pekerjaan itu menyebabkan ayahnya mengabaikan keluarga . MK ni ada seekor haiwan peliharaan iaitu anjing (dah lupa nama , buzzy ke buggy apa entah). 

Suatu hari , ayah MK ni pergi meninggalkan rumah kerana salah satu kamera CCTV di hutan itu berbunyi. Tak lama selepas itu , anjing tersebut berlari ke arah hutan ketika MK bertekad untuk meninggalkan rumah dan ayahnya . Pada masa yang sama 'leafman' tengah berperang dengan orang jahat (tak ingat dia gelarkan diri dia apa) untuk membunuh permaisuri 'leafman' sebelum sempat memberi nadi hutan kepada warisnya . Nadi hutan itu diletakkan di dalam sekuntum bunga , sekiranya bunga itu mekar di kawasan kegelapan maka hancurlah hutan itu tetapi sekiranya mekar di tempat 'leafman' maka hutan itu akan sentiasa menghijau ...

Orang jahat ni bertekad untuk memusnahkan hutan setelah tentera 'leafman' membunuh anaknya . 'Leafman' pula bertekad untuk selamatkan hutan dan membantu MK yang secara tidak langsung terlibat dalam dunia 'leafman'. Susah nak menang sebab tentera orang jahat itu jauh lebih banyak dan senjata mereka jauh lebih berbahaya daripada leafman ... Apakah kesudahan cerita ini ? Tontonlah sendiri ya , apa-apa pun cerita ni memang best , kelakar , sedih dll tetapi ada kisses scene O///O.  

Sumber-->SINI




Beli tiket ni se-jam awal. Beli 2 je tiket sebab asya memang nak duk atas riba. Nak kena peluk-peluk dia untuk elak sejuk. Tiker 3D mahal sket, sampai RM17.00 sekeping. Sementara tu sempat pergi makan-makan dulu & ronda-ronda dalam mall. Masuk branded outlet sempat sambar topi koboi asya & selai t-shirt mama.




Muka happy... tak sabar nak tengok EPIC




Spek 3D yang besar & berat & memeningkan kepala


Budak yang mula bohsannn.. Sebab pe?? 
Nanti saya citer kat bawah

ahhhhh... lega.... dah boleh kuar


KOMEN SAYA&ASYA UNTUK FILEM EPIC (3D)

Kata Asya " Mama jom balik... asya pening paler la..."

Kata Mama " Mama pon pening paler la....."



Bagi saya citer ni boleh tahan bestnyer. Tapi memandangkan ni kali pertama tengok 3D kat wayang, jadi agak jakun. Dan lagi satu walaupon animasi dia cantik sangat, tapi bila pakai spek 3D tu, saya jadi pening & xleh nak enjoy dengan cerita ni. Sama gak dengan asya, dia tak nak pakai terus. Salah satu faktor sebab spek 3D ni berat & besar dengan dia.. Bagi saya better tengok filem yang tak ber-DD la.. Bila tak pakai spek la, wayang tu jadi blurrrr... jadi nak tak nak memang kena pakai spek.. Asya terus tak layan & asyik main bawah kerusi. Setakat ni citer THE CROODS , MADAGASCAR 3 & RISE OF THE GUARDIAN la ter-BEST. ICE AGE 4 pon kurenggg best gak. Takpe la.. nanti mama beli CD EPIC ye.. Kite tengok semula kat rumah. Rasanya ni kali pertama & terakhir la tengok wayang 3D ni. Maybe tak sesuai dengan saya.



Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, June 5, 2013

School Holiday : Mini Piknik @ Pantai Chendor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat pagi semua ! Semalam saya MC sebab kurang sihat. Disamping berehat kat rumah, saya ambik peluang BW. Alhamdulillah, rasanya semua dah terjah... harap-harap xde yang tertinggal. Disamping tu, ambik peluang draft entri. Sempena cuti sekolah ni, saya tak de bawa asya kemana-mana pon, sebab saya sendiri bz dengan kerja. Nak cuti pon payah. Rasa gak sedih & kesian kat asya sebab x dapat bawak dia kemana-mana. Satu lagi sebab saya & asya sendiri kurang sihat, jadi tak berapa bagus kot jalan jauh. Takpe la, sampai masa nanti mama bawak asya jalan ke tempat-tempat impian asya . Kata asya dia nak kutip stoberi...maknanya kat CAMERON HIGHLAND la tu. Satu lagi tempat yang dia nak pergi sangat LEGOLAND.. Siap ada tabung untuk ke LEGOLAND tu. Mama kata, tiket LEGOLAND mahal sangat, kalo nak pegi asya kena kumpul duit. Jadi pantang ada syiling atau orang bagi memang dia masuk tabung. Secara tak langsung dah melatih asya untuk menabung & saya nampak ianya sebagai satu usaha asya nak mencapai impiannya. Mama bangga dengan asya ! Tapi, sempena cuti sekolah ni sempat la bawak dia piknik kat pantai dan bawa dia tengok wayang citer EPIC. So hari ni nak story aktiviti berpiknik, iaitu aktiviti pertama asya sewaktu cuti sekolah.

24.05.2013 @ Pantai Chendor

Piknik kali ni bersama family in law, iaitu MIL , family adik Fain & anak sedara Fain.
Kami bertolak ke pantai selepas solat Jumaat. Sampai je terus cari port. Ni memang port febret saya sebab ada buai tayar tu. Budak-budak suka main..

Menu piknik disediakan oleh mak mertua & adik ipar saya.
Saya.... tukang ngapppp je.. Hehehe. Bertuah punye nantu!

Yang paling best, ayam BBq.
Memang sedap!

Perapan ayam bakar dari mak mertua saya. Siyes...memag sedap rempah homemade ni.Dulu  buat BBQ dengan geng2 ofis pon mak mertua yang buatkan rempahnya.
Memang ofismate saya puji, rempah MIL saya memang sedap.


Mee Kari lak adik Fain yang buat.
Kuah kari memang kawwww lah


Sementara cuaca teduh layan anak-anak kecik main pasir dulu


Dan pic mama & asya ni spontan.. Anak sedara main snap-snap.
Kebetulan kena tangkapan yang molep plok

Aksi comel asya..
main lompat-lompat

TIBA-TIBA

Hujan ponnnnn turun....
Lari laju-laju.. Selamatkan budak-budak letak dalam kete

Mujur ada payung, leh halang daripada terkena ayam yang sedang dibakar tu.
Dah la nak hidupkan bara api susoh bebenor

Duduk la dalam kete sampai hujan serik.
Hehehe

Berhenti je hujan... terus berlari menuju ke pantai.

Suka sangat dia leh berendam dalam air

Papa & asya tengok apa ntah time ni

Asya buli papa. yeahhhh!

Apa lah yang happy sangat 2 beranak ni?

Puas berendam... main pasir

Time main molek..molek je..
Kalo time gaduh... mula la berperang habisan

Asya comel..
tapi, mama sayu sokmo tengok muka asya

My Cute Little Girl 

Chenta HATI saya...
keh..keh..keh.... selalu hensem di HATI saya

Yeaaayyyy!!!!!
Dah puas berendam... kita balik dulu !!!!!!!!!!!

**huhu,,,tersilap scheduled entri zati & din nikah hari ni...esok publish semula ye**

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Buat Follower, Jangan Lupa Tinggal LINK kat kotak KOMEN entri terlatest ye.

 

Copyright © 2012 Reserved to H.A.T.I.
Design by kinara kinatara